" F l o w e r "

flaw

Hi Welcome Here


I am waiting for a prince to come in my life and take care of me lovingly - 艾琳公主

We can chatting here





5 September 2013 :'(}
Monday, 9 September 2013 | 07:18 | 0Comment

Bismillahirrahmanirrahim

     Assalamualaikum. Hari Isnin yang indah serta nyaman. Dari pagi tak berhenti hujan. Alhamdulillah, Rahmat Allah SWT. Bersyukur kepada-Nya. 9 September 2013 bersamaan 3 Zulkaedah 1434Hijrah, aku masih bernafas. Terima kasih, Ya Allah.



     Lima hari dah berlalu. Nenek 'pergi' tanpa beri pesanan. Ya Allah, aku terkilan sebab tak salam nenek masa sebelum pergi sekolah. Biasanya aku salam. Tapi, entah kenapa haritu aku tengok nenek tidur nyenyak sangat, tu yang aku taknak ganggu. Taksangka pulak pagi tu, pagi last aku tengok nenek tidur.


     Act, masa hari Khamis tu aku kena pergi Melaka. Ada jamuan perpisahan Tingkatan 6 atas kat sana. So, bila dapat call pasal nenek, aku dah taktau nak buat apa. Yang aku tau, menangis menangis dan terus menangis. Sedih sangat. Sebab tu la satu satunya nenek yang aku ada. Tapi sekarang, semua dah 'pergi' :'( Aku hanya mampu menumpang kasih sayang atok dan nenek saudara, je.


     Masa kat Melaka tu, nasib la cousin aku bawak kereta. Terus balik rumah. Sampai rumah, depan pintu tu aku menangis. Orang yang ada kat situ pun aku dah takfikir lagi. Yang aku nampak, nenek. Nenek pakai kain 'batik lepas' yang aku hadiahkan kat Ibu. Kain tu aku beli kat Terengganu. Alhamdulillah, ada gunanya jugak. Paling aku sedih bila tengok muka nenek yang ditutup dengan selendang putih. Masa tu aku rasa macam nak jerit kuat kuat. Tapi, apakan daya. Semuanya dah terlambat :'(


     Nasib orang sekeliling bagi aku semangat. Kalau tak, taktau la apa jadi pada aku. Terima kasih jugak pada kawan kawan yang sentiasa bagi sokongan dan semangat pada aku. Ain, terima kasih banyak banyak. Ain la yang selalu bantu kita. Tak terbalas jasa Ain pada kita. Jugak kawan kawan lain ; Iman, Leen, Kila dan semua lower six yang ambil berat pasal aku.


     Dengan bantuan dorang, aku dah terima pemergian nenek. Aku redha, Ya Allah. Walaupun perit, aku perlu redha. Mungkin Allah SWT lebih sayangkan nenek.

" Nenek, Along harap nenek gembira kat 'rumah baru' nenek ye. Along pun akan gembira kalau nenek gembira. Along akan kirimkan doa untuk nenek setiap hari "


     In Shaa Allah, selagi aku bernafas dibumi yang sementara ini, aku akan kirimkan doa untuk arwah arwah atok dan nenek yang dah lama 'pergi'. Aku juga merindui atok yang baru beberapa tahun 'pergi', Mon binti Embam :')










" Dunia Yang Sementara "