" F l o w e r "

flaw

Hi Welcome Here


I am waiting for a prince to come in my life and take care of me lovingly - 艾琳公主

We can chatting here





KATA HATI :'|}
Friday, 16 December 2011 | 07:15 | 0Comment

bismilallahirahmanirahim,






Kasih,. seandainya kita dipertemukan suatu ketika nanti, itu adalah detik yang sangat bermakna dalam hidupku. Walau kau membenciku, hatiku tetap memilihmu. Seangkuh mana pun dikau, telah terpahat dihatiku hanya kau ku pilih. Sekalipun aku memejamkan mata untuk selamanya, aku akan sentiasa berimpian untuk memiliki hatimu buat seketika waktu. Walaupun sesaat. Bukalah hatimu untuk memberi kemaafan kepada ku. Jangan kau keraskan hatimu. Buanglah egomu untuk sedetik ini saja. Ku mohon. Jika tidak pun, kurangkanlah kekerasan hatimu itu. Sekiranya ku tidak berhak bertahta dihatimu, ku ingin kau memaafkan segala salah silapku. Permintaan ku buat kali terakhir. Tunaikanlah wahai kasih. Jangan kau menyeksa ke sepertimana kau menyeksa dirimu untuk melupakanku. Kasih, ku juga ingin berterima kasih kerana kau telah singgah dihatiku walau hanya mengambil masa setahun. Dalam masa tersebut, kau terlalu menjaga hatiku. Kau begitu sempurna dihati ku. Terima kasih sekali lagi kerana kau juga telah melukakan hatiku. TERIMA KASIH, sayang ;)








created by ERIN
khas buat SESEORANG